Skip to main content

Pusat Islam USM Kejuruteraan

Tinta Pengarah

Boss 1 crop

Oleh : Mohammad Shukri Bin Osman

Pusat Islam USM merupakan sebuah pusat perkhidmatan yang memberi fokus untuk menyantuni insani warga USM dan Qaryah Masjid Al Malik USM dengan menawarkan perkhidmatan berteraskan hal ehwal Islam yang terbaik buat seluruh keluarga USM di Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan juga IPPT.

Dengan anggaran data, Pusat Islam USM perlu menyantuni semua kampus kepada hampir 30,000 pelajar, 10,000 staf , 5,000 keluarga qaryah dan juga komuniti setempat dengan fokus untuk memberi kualiti perkhidmatan terbaik buat ummah sejagat.

Selari misi dan visi USM iaitu sebuah universiti penyelidikan yang menawarkan penyelidikan rentas bidang telah berjaya merangkul status Universiti Apex pada tahun 2008 dengan bertemakan mentranformasikan golongan terkebawah untuk mengangkat sosio ekonomi mereka demi kelestarian hari esok, maka Pusat Islam USM amat komited mengembangkan bakat seluruh warga USM menuju cita dan impian berteraskan pengembangan berkhidmatan hal ehwal Islam yang bertunjangkan jatidiri pasukan Pusat Islam USM merentasi kampus yang berjumlah 50 orang, 25 orang di Induk, 8 orang di Kejuruteraan, 15 orang di Kelantan dan 2 orang di Bertam dengan didukung kuat oleh Pasukan Sukarelawanan Ramadhan, Pasukan My Pusat Islam USM, Pasukan Sahabat Masjid, Pasukan Team Insani serta hampir 20 jawatankuasa bagi menjayakan misi dan visi Pusat Islam USM untuk mencapai Pusat Perkhidmatan Cemerlang dan Terbaik buat USM.

Menyoroti tahun 2019 hingga 2021, Pusat Islam USM telah meletakkan sasaran untuk lebih fokus kepada kepada 1) Menyantuni Insani, 2) Penjanaan Berhikmah dan 3) Keseimbangan Gaya Hidup yang telah mencapai pada tahun 2020 apabila Koperasi Masjid Al Malik Khalid Pusat Islam USM Berhad telah berjaya ditubuhkan untuk menjadi pemain utama bagi menjayakan kebajikan menyantuni insani, menjana ekonomi secara berhikmah dan berzakat serta menjana program dan aktiviti yang telah memberi keseimbangan gaya hidup dunia dan akhirat. Dalam tempoh ini juga pengurusan Zakat, Waqaf dan Infaq telah diangkat sebagai agenda utama Pusat Islam untuk membela asnaf warga USM dan warga qaryah dan telah berjaya mempromosi pelaburan waqaf seperti waqaf karpet, waqaf laluan rahmah dan juga waqaf perumahan.

Kini, bagi menjayakan fokus menjelang 3 tahun mendatang (2022 sehingga 2024) Pusat Islam USM komited memberi kecemerlangan perkhidmatan terbaik untuk mencapai 3 teras utama :

Teras 1 : Menginsankan Hal Ehwal Islam Melalui Zakat dan Waqaf

Teras 2 : Menyantuni Keluarga Sihat Gaya Rasulullah

Teras 3 : Keseimbangan Dunia Akhirat Melalui Ilmu, Hikmah dan Penyelidikan Perkhidmatan

Dengan 3 teras utama ini, semoga pencapaian dan sasaran Pusat Islam USM dalam menjadi Pusat Perkhidmatan Cemerlang dan Terbaik bakal mencapai tujuan dengan garis masa dan impian perancangan pengembangan hal ehwal Islam yang lebih dinamik dan memenuhi keperluan ummah dan warga USM.

Firman Allah dalam Surah Al – Baqarah ayat 201 yang bermaksud : “Dan di kalangan mereka ada yang berdoa “Ya tuhan kami, berikan kami hasanah (kebahagiaan) di dunia dan hasanah (kebahagiaan) di akhirat dan selamatkan kami dari azab api neraka”.