Skip to main content

Pusat Islam USM Kejuruteraan

pengenalan

MISI

Misi Pusat Islam ialah mendidik dan memimpin umat manusia dengan cara terbaik bagi mencapai matlamat murni insan sebagai hamba dan khalifah Allah melalui penyebaran ilmu yang benar-benar berteraskan adab, kualiti, kecemerlangan dan usaha menggerakkan dan menginovasi ke arah umat terbaik "khaira ummah".

 

OBJEKTIF

Pusat Islam Kampus Kejuruteraan berhasrat untuk :-

    • Membentuk pelajar, staf dan anggota masyarakat sekitar ke arah menjadi warga negara yang beriman dan bertaqwa melalui budaya ilmu, budaya berakhlak mulia dan ibadah.
    • Menanam nilai-nilai murni yang universal berasaskan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.
    • Membimbing dan Mendidik para pelajar dan masyarakat kampus ke arah memahami dan menghayati ajaran Islam.
    • Menggerakkan warga kampus dan umat seluruhnya ke arah kehidupan cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan juga akhirat.
    • Berkhidmat dan berbakti kepada seluruh warga kampus USM & masyarakat.
    • Melaksanakan ukhwah berkonsepkan “ukhwah tanpa sempadan”.

 

MOTO JABATAN

Sesuai dengan misi Pusat Islam dan untuk memulihkan imej dan meningkatkan mutu perkhidmatannya, Pusat Islam Universiti Sains Malaysia melakukan anjakan paradigma dengan memperkenalkan moto untuk kakitangan dan umat Islam seluruhnya, iaitu:

"Khidmat Cemerlang Budaya Umat Terbilang"

 

STRATEGI

Bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan program yang dirancang, Pusat Islam telah menggariskan strategi komprehensif dalam pembangunan ummah untuk mencipta kecemerlangan sejagat.

Antara strateginya :

  • Membentuk pelajar, staf dan mayarakat sekitar ke arah generasi beriman dan bertaqwa melalui budaya ilmu, akhlak dan ibadah.
  • Menanam nilai-nilai murni dan universal berasaskan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah.
  • Membimbing dan mendidik pelajar serta warga kampus Universiti Sains Malaysia untuk memahami dan menghayati ajaran Islam.
  • Menggerakkan warga kampus dan umat seluruhnya ke arah kehidupan yang seimbang cemerlang dunia dan akhirat.
  • Berkhidmat dan berbakti kepada seluruh warga kampus universiti dan masyarakat sekitarnya.