Skip to main content

Pusat Islam USM Kejuruteraan

SEJARAH

Masjid Al Malik Khalid USM

MASJID AL-MALIK KHALID PUSAT ISLAM USM

Pusat Islam pada mulanya dikenali dengan nama Balai Islam di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Rancangan untuk membina Pusat Islam di Kampus Induk Pulau Pinang mula dibincangkan pada akhir 1972 berlanjutan sehingga 1973. Satu memorandum tentang projek ini telah dikemukakan kepada Y.Bhg. Naib Canselor pertama, Tan Sri Hamzah Sendut. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) USM telah memainkan peranan penting dalam menyediakan memorandum penubuhan Balai Islam di kampus Universiti Sains Malaysia. Y.Bhg. Tan Sri Hamdan bin Shaik Tahir, Naib Canselor ke-2, telah memberikan tumpuan yang serius terhadap projek ini dan beliau telah berusaha mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan Pusat dan kerajaan Arab Saudi. Sebagai hasilnya, pada tahun 1977 pihak kerajaan telah memberikan perhatian serius di bawah Rancangan Malaysia ke-2. Kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM 3 juta.

Masjid ini telah dinamakan Masjid Al-Malik Khalid sebagai menghargai jasa baik Raja Al-Malik Khalid yang merupakan pemerintah kerajaan Arab Saudi ke-3 yang turut menyumbangkan sebahagian besar kos pembinaan masjid ini. Kompleks Balai Islam dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddn Al Mu'adzam Shah pada 2 September 1983 dan dinaikkan taraf sebagai Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Pusat Islam Kejuruteraan

PUSAT ISLAM USM KAMPUS KEJURUTERAAN, NIBONG TEBAL

Dengan pertambahan bilangan pelajar dan perkembangan pesat dari sudut pembangunan fizikal, Universiti Sains Malaysia telah melebarkan sayapnya dengan menubuhkan kampus cawangan iaitu Kampus Kejuruteraan di Seri Ampangan, Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan. Pusat Islam turut bersama mengikuti arus perkembangan Universiti Sains Malaysia dengan menubuhkan cawangan Pusat Islam di kedua-dua kampus tersebut.

Masjid Kampus Kesihatan 1

 PUSAT ISLAM USM KAMPUS KESIHATAN, KUBANG KERIAN KELANTAN

Tinta Pengarah

Boss 1 crop

Oleh : Mohammad Shukri Bin Osman

Pusat Islam USM merupakan sebuah pusat perkhidmatan yang memberi fokus untuk menyantuni insani warga USM dan Qaryah Masjid Al Malik USM dengan menawarkan perkhidmatan berteraskan hal ehwal Islam yang terbaik buat seluruh keluarga USM di Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan juga IPPT.

Dengan anggaran data, Pusat Islam USM perlu menyantuni semua kampus kepada hampir 30,000 pelajar, 10,000 staf , 5,000 keluarga qaryah dan juga komuniti setempat dengan fokus untuk memberi kualiti perkhidmatan terbaik buat ummah sejagat.

Selari misi dan visi USM iaitu sebuah universiti penyelidikan yang menawarkan penyelidikan rentas bidang telah berjaya merangkul status Universiti Apex pada tahun 2008 dengan bertemakan mentranformasikan golongan terkebawah untuk mengangkat sosio ekonomi mereka demi kelestarian hari esok, maka Pusat Islam USM amat komited mengembangkan bakat seluruh warga USM menuju cita dan impian berteraskan pengembangan berkhidmatan hal ehwal Islam yang bertunjangkan jatidiri pasukan Pusat Islam USM merentasi kampus yang berjumlah 50 orang, 25 orang di Induk, 8 orang di Kejuruteraan, 15 orang di Kelantan dan 2 orang di Bertam dengan didukung kuat oleh Pasukan Sukarelawanan Ramadhan, Pasukan My Pusat Islam USM, Pasukan Sahabat Masjid, Pasukan Team Insani serta hampir 20 jawatankuasa bagi menjayakan misi dan visi Pusat Islam USM untuk mencapai Pusat Perkhidmatan Cemerlang dan Terbaik buat USM.

Menyoroti tahun 2019 hingga 2021, Pusat Islam USM telah meletakkan sasaran untuk lebih fokus kepada kepada 1) Menyantuni Insani, 2) Penjanaan Berhikmah dan 3) Keseimbangan Gaya Hidup yang telah mencapai pada tahun 2020 apabila Koperasi Masjid Al Malik Khalid Pusat Islam USM Berhad telah berjaya ditubuhkan untuk menjadi pemain utama bagi menjayakan kebajikan menyantuni insani, menjana ekonomi secara berhikmah dan berzakat serta menjana program dan aktiviti yang telah memberi keseimbangan gaya hidup dunia dan akhirat. Dalam tempoh ini juga pengurusan Zakat, Waqaf dan Infaq telah diangkat sebagai agenda utama Pusat Islam untuk membela asnaf warga USM dan warga qaryah dan telah berjaya mempromosi pelaburan waqaf seperti waqaf karpet, waqaf laluan rahmah dan juga waqaf perumahan.

Kini, bagi menjayakan fokus menjelang 3 tahun mendatang (2022 sehingga 2024) Pusat Islam USM komited memberi kecemerlangan perkhidmatan terbaik untuk mencapai 3 teras utama :

Teras 1 : Menginsankan Hal Ehwal Islam Melalui Zakat dan Waqaf

Teras 2 : Menyantuni Keluarga Sihat Gaya Rasulullah

Teras 3 : Keseimbangan Dunia Akhirat Melalui Ilmu, Hikmah dan Penyelidikan Perkhidmatan

Dengan 3 teras utama ini, semoga pencapaian dan sasaran Pusat Islam USM dalam menjadi Pusat Perkhidmatan Cemerlang dan Terbaik bakal mencapai tujuan dengan garis masa dan impian perancangan pengembangan hal ehwal Islam yang lebih dinamik dan memenuhi keperluan ummah dan warga USM.

Firman Allah dalam Surah Al – Baqarah ayat 201 yang bermaksud : “Dan di kalangan mereka ada yang berdoa “Ya tuhan kami, berikan kami hasanah (kebahagiaan) di dunia dan hasanah (kebahagiaan) di akhirat dan selamatkan kami dari azab api neraka”.

HUBUNGI KAMI

ALAMAT  :
Pusat Islam Kampus Kejuruteraan,
Universiti Sains Malaysia,
14300 Nibong Tebal,
Pulau Pinang.

No. Telefon : 04-599 5481 (ext. 5482, 5483)
No. Fax : 04-599 6914

E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Laman sesawang : https://pusatislam.eng.usm.my/

PROGRAM-PROGRAM CUTI SEKOLAH

  • Kem Welldone Soleh Pelajar Sekolah Kebangsaan
  • Kem Welldone Soleh Pelajar Sekolah Menengah
  • Kem Smart Solat
  • Khatan Perdana