SEJARAH
MASJID AL-MALIK KHALID PUSAT ISLAM USM
Pusat Islam pada mulanya dikenali dengan nama Balai Islam di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Rancangan untuk membina Pusat Islam di Kampus Induk Pulau Pinang mula dibincangkan pada akhir 1972 berlanjutan sehingga 1973. Satu memorandum tentang projek ini telah dikemukakan kepada Y.Bhg. Naib Canselor pertama, Tan Sri Hamzah Sendut. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) USM telah memainkan peranan penting dalam menyediakan memorandum penubuhan Balai Islam di kampus Universiti Sains Malaysia. Y.Bhg. Tan Sri Hamdan bin Shaik Tahir, Naib Canselor ke-2, telah memberikan tumpuan yang serius terhadap projek ini dan beliau telah berusaha mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan Pusat dan kerajaan Arab Saudi. Sebagai hasilnya, pada tahun 1977 pihak kerajaan telah memberikan perhatian serius di bawah Rancangan Malaysia ke-2. Kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM 3 juta.
Masjid ini telah dinamakan Masjid Al-Malik Khalid sebagai menghargai jasa baik Raja Al-Malik Khalid yang merupakan pemerintah kerajaan Arab Saudi ke-3 yang turut menyumbangkan sebahagian besar kos pembinaan masjid ini. Kompleks Balai Islam dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddn Al Mu'adzam Shah pada 2 September 1983 dan dinaikkan taraf sebagai Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
PUSAT ISLAM USM KAMPUS KEJURUTERAAN, NIBONG TEBAL
Dengan pertambahan bilangan pelajar dan perkembangan pesat dari sudut pembangunan fizikal, Universiti Sains Malaysia telah melebarkan sayapnya dengan menubuhkan kampus cawangan iaitu Kampus Kejuruteraan di Seri Ampangan, Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan. Pusat Islam turut bersama mengikuti arus perkembangan Universiti Sains Malaysia dengan menubuhkan cawangan Pusat Islam di kedua-dua kampus tersebut.
PUSAT ISLAM USM KAMPUS KESIHATAN, KUBANG KERIAN KELANTAN