UNIT-UNIT

UNIT SUMBER MANUSIA, PENYELIDIKAN DAN LATIHAN

VISI

Menjadi sebuah unit yang cemerlang dalam mengurus sumber manusia dan modal insan melalui sistem pengurusan yang berkualiti dan islami

MISI

Mengurus sumber manusia Pusat Islam Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan secara amanah, efektif dan hikmah bagi mencapai misi dan visi Universiti.

 

UNIT PENERBITAN DAN MULTIMEDIA

VISI

Muncul sebagai unit yang menghasilkan penerbitan yang berkualiti dan menyebarkan menyubur budaya membaca (iqra’) dalam kalangan warga kampus.

MISI
Memperbanyakkan penerbitan buku dan bahan ilmiah bermutu tinggi bagi memacu aspirasi universiti dalam usaha memaju, menyebar dan melestarikan ilmu.



UNIT DAKWAH DAN TAKMIR

VISI

Menjalankan misi dakwah Islamiyah secara syumul dan holistik kepada muslim dan non-muslim dengan pendekatan yang efektif bagi menonjolkan keindahan agama Islam sebagai agama rahmat untuk sejagat dengan kerjasama strategik dan perkongsian pintar.

MISI

Unit Dakwah dan Takmir menyemai budaya ilmu dan hikmah dalam penganjuran program dakwah Islamiah bagi mencapai misi risalah Islam yang agung dan unggul.

 

 UNIT KAFA PUSAT ISLAM USM KAMPUS KEJURUTERAAN

FALSAFAH

Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) merupakan usaha berterusan Pusat Islam USM Kampus Kejurteraan dalam mendidik dan membentuk pelajar-pelajar Islam ke arah memperkembangkan fitrah individu (Insan) selaras dengan kehendak al-Quran dan al-Sunnah. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan manusia yang terdidik dengan didikan al-Quran dan al-Sunnah yang kuat iman dan amalannya kepada Allah swt serta menghayati akhlak dan cara hidup Islam.

KONSEP

Merupakan suatu program Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran serta asas-asas Fardu Ain.

TUJUAN GARIS PANDUAN

(1)    Menjadi panduan dalam pengurusan dan pelaksanaan KAFA di semua peringkat seluruh Malaysia.
(2)    Menetapkan garis panduan-garis panduan dan arahan-arahan yang perlu bagi pelaksanaan KAFA yang kemas, seragam, teratur dan bersepadu

OBJEKTIF KAFA

Objektif penubuhan KAFA adalah seperti berikut:
•    Mewujudkan suatu sistem kelas pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain yang kemas, seragam dan bersepadu di seluruh Malaysia.
•    Memastikan semua kanak-kanak Islam yang berumur tujuh hingga dua belas tahun di negara ini dapat mempelajari dan boleh menguasai bacaan al-Quran dengan baik.
•    Memastikan semua kanak-kanak Islam di negara ini dapat mempelajari dan mengamalkan perkara-perkara asas Fardhu Ain.
•    Memperkukuh asas pendidikan agama Islam untuk kanak-kanak Islam dalam pendidikan Al-Quran dan Fardhu Ain.

JAWATANKUASA KAFA


UNIT HAL EHWAL WANITA (HELWA) PUSAT ISLAM KAMPUS KEJURUTERAAN USM

PENGENALAN

Hal Ehwal Wanita Pusat Islam Kampus Kejuruteraan adalah sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan untuk tempoh setiap dua tahun bagi merancang dan melaksanakan program dan aktiviti berkaitan keilmuan, kemasyarakatan dan kekeluargaan serta kebajikan sosial.

Ahli Jawatankuasa ini terdiri dari wakil pelbagai Pusat Pengajian dan jabatan yang sudi member khidmat serta sumbangan idea dan juga tenaga dalam membantu menjayakan hasrat murni Pusat Islam Kampus Kejuruteraan khususnya dan Universiti Sains Malaysia amnya. Jawatankuasa ini juga turut bekerjasama dengan persatuan-persatuan serta organisasi dalam dan luar kampus dalam menabur bakti kepada masyarakat.

OBJEKTIF HELWA

•    Merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan keilmuan, kekeluargaan dan kemasyarakatan.

•    Mengukuhkan hubungan silaturrahim di kalangan pelajar dan staf USM serta masyarakat sekitar dan juga menyediakan hubungan dengan NGO melalui aktiviti yang dianjurkan.

•    Menyalurkan maklumat dan info agama yang benar kepada warga kampus dan masyarakat setempat dengan aktiviti yang dianjurkan.

 

UNIT KEILMUAN DAN KESENIAN ISLAM

MISI

Menjadikan Pusat Islam USMKKJ sebagai suffah keilmuan yang menjadi perhatian dan tumpuan pencinta ilmu untuk mendalami ilmu-ilmu wahyu.

VISI

Menyediakan suasana pengajian dan pembelajaran yang kondusif dan bersepadu ke arah melahirkan individu Islam yang menguasai asas-asas Fardu Ain dan Kifayah.

OBJEKTIF

1.    Melahirkan warga kampus yang celik Al-Quran
2.    Memberikan peluang dan ruang untuk warga kampus khususnya meneroka ilmu pengajian islam
3.    Memberikan pendedahan kepada warga kampus untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang bidang pengajian Islam dan ilmu Al-Quran

PROGRAM PENGAJIAN

Pusat Islam USM Kampus Kejuruteraan menyediakan kelas Pengajian Islam dan al-Quran khusus kepada golongan dewasa bagi masyarakat dalam dan luar kampus. Kelas-kelas pengajian termasuklah Kelas Aqidah, Kelas Asas Tajwid, Kelas Asas al-Quran dan Kelas Asas Talaqi al-Quran. Tenaga pengajar pula adalah terdiri dari kalangan kakitangan Pusat Islam yang berpengalaman luas di dalam bidang masing-masing.  

-    Merealisasikan Pusat Islam Kampus Kejuruteraan sebagai pilihan alternatif untuk menuntut ilmu agama
-    Merealisasikan hasrat dan impian Pusat Islam USM dengan menjadikan Pusat Islam sebuah pusat kecemerlangan ilmu


JADUAL KELAS PENGAJIAN DEWASA 
Kelas dijalankan pada setiap hari Rabu , 5.30 petang

TENAGA PENGAJAR
1.    Ustaz Shahroni Hj. Ibrahim        : Kelas Asas Al-Quran
2.    Ustaz Mohd Sha’arani Shamsuddin    : Kelas Asas Al-Quran
3.    Ustaz Mohd Mohsin Sirun        : Kelas Al-Quran Advance
4.    Ustaz Mohammad Shukri Osman    : Kelas Fardhu Ain & Kelas Asas Tajwid Al-Quran

YURAN
Yuran pendaftaran    :    RM 20.00
Yuran bulanan        :    PERCUMA



UNIT PERKHIDMATAN DAN IKTISAD

MISI

Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik kepada warga kampus dan masyarakat serta menjana sumber pendapatan Pusat Islam USMKKJ melalui kegiatan ekonomi.

VISI

Menjadikan Pusat Islam USMKKJ sebuah PTJ yang kekal berdaya saing melalui pendapatan ekonomi yang mapan dan berupaya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga kampus.

OBJEKTIF

  1. Menjana pendapatan dan ekonomi Pusat Islam dan Universiti
  2. Mengurus dan  menyelaras semua bentuk perkhidmatan dan kemudahan di Pusat Islam USMKKJ.
  3. Memastikan pelanggan Pusat Islam  mendapat perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik.