Sejarah Pusat Islam USM Kampus Kejuruteraan

Pusat Islam merupakan Unit Hal Ehwal Islam yang ditubuhkan di Kampus Universiti Sains Malaysia sejak 1983. Peranan Pusat Islam ialah untuk mendidik dan membimbing pelajar serta staf Universiti Sains Malaysia supaya menjadi insan yang beriman, bertaqwa serta berakhlak mulia selaras dengan kehendak Agama Islam yang mahukan penganutnya yang sentiasa berinovasi dan berdedikasi. Proses pendidikan diserap melalui pelbagai aktiviti seperti kuliah Fardhu Ain, syarahan, seminar, kursus, bengkel dan penyebaran risalah dari masa ke semasa. Pusat Islam membuka peluang kepada seluruh masyarakat kampus USM termasuk bukan Islam untuk mengenali Islam dengan lebih dekat. Kini Pusat Islam telahpun melebarkan cawangannya di kampus cawangan USM iaitu di Kampus Kesihatan USM, Kubang Krian, Kelantan dan juga Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal, Pulau Pinang.