Perkhidmatan

1. Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)
Pendaftaran untuk KAFA adalah terbuka kepada anak-anak staf dan masyarakat luar yang berusia 7 tahun sehingga 12 tahun. Penawaran kemasukan ke KAFA adalah tertakluk kepada kekosongan tahun semasa permohonan.
[kemuka permohonan]

2. Perpustakaan Islam
Koleksi bacaan meliputi bacaan asas berhubung bidang Tauhid, Fekah, Tasawur, Ekonomi, Syariat Islamiah dan lain-lain. Pusat Islam tidak menyediakan perkhidmatan pinjaman buku. Buku rujukan hanya boleh dibaca di ruang bacaan yang disediakan dan tidak boleh dibawa pulang.

3. Pinjaman Buku Surah Yasin
[kemuka permohonan]

4. Pemudahcara Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil
Warga kampus yang ingin pemudahcara untuk mengetuai majlid di atas hendaklah mengemukakan permohonan kepada Ketua Unit Pusat Islam 2 minggu sebelum majlis berlangsung.

5. Pinjaman Peralatan Memasak

Pusat Islam KKj menyediakan perkhidmatan memasak kepada warga kampus untuk aktiviti memasak bagi semua jenis aktiviti, khusus untuk program keagamaan. Antara peralatan memasak yang disediakan adalah dapur gas, periuk, belanga, kawah, tungku, pinggan-mangkuk dan sebagainya.
[kemuka permohonan]


6. Program Kuliah Keagamaan dan Motivasi.
Pusat Islam menyediakan tenaga pengajar dan pembimbing untuk mendidikan masyarakat kampus ke arah mempelajari, memahami dan menghayati ajaran Islam dalam semua bidang. Pusat Islam juga khidmat nasihat berhubung penganjuran program keislaman yang ingin dianjurkan di PTJ supaya mencapai objektif penganjuran dan memastikan kelancaran majlis. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Unit Pusat Islam 2 minggu sebelum majlis berlangsung.


7. Kelas Pengajian Dewasa

KELAS PENGAJIAN

TENAGA PENGAJAR

HARI DAN MASA

KELAS ASAS AL-QURAN

USTAZ SHAHRONI IBRAHIM
USTAZ MOHD SHA’ARANI SHAMSUDDIN

RABU ( 5.30 PETANG )

KELAS AL-QURAN ADVANCE

USTAZ MOHD MOHSIN SIRUN

RABU ( 5.30 PETANG )

KELAS FARDHU AIN &
ASAS TAJWID

USTAZ MOHAMMAD SHUKRI OSMAN

RABU( 5.30 PETANG )

1.    Kelas Asas Al-Quran
2.    Kelas Al-Quran Advance
3.    Kelas Fardu Ain
4.    Kelas Asas Tajwid Al-Quran

[kemuka permohonan]

8. Program Ibadah Qurban dan Aqiqah
Perserta yang berminat untuk menyertai ibadah ini hendaklah membuat pendaftaran di Pejabat Am Pusat Islam USMKKj.
[kemuka permohonan]


9. Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling dan Nasihat
Pusat Islam juga memberikan khidmat nasihat dan bimbingan agama untuk warga pelajar dan warga kampus yang menghadapi masalah dalam kerjaya, pengajian, percintaan, isu kekeluargaan, kemasyarakatan dan sebagainya. Pihak yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini hendaklah mengisi borang yang disediakan.
[kemuka permohonan]


10. Kursus Pra Perkahwinan
Pusat Islam dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang bekerjasama menganjurkan kursus ini untuk kalangan warga kampus dan masyarakat sekitar.  Objektif kursus ini adalah untuk memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami dan isteri berhubung alam perkahwinan akan ditempohi.
[kemuka permohonan]