Misi & Objektif


MISI

Mendidik dan memimpin umat manusia dengan cara terbaik untuk mencapai matlamat murni insan sebagai hamba dan khalifah Allah . Ini dilaksanakan melalui penyebaran ilmu dan kebenaran dengan berteraskan kualiti dan kecemerlangan. Menggerak dan menginovasi umat ke arah menjadi umat terbaik (khaira ummah).

OBJEKTIF

Pusat Islam Kampus Kejuruteraan berhasrat untuk :-

  • Membentuk pelajar, staf dan anggota masyarakat sekitar ke arah menjadi warga negara yang beriman dan bertaqwa melalui budaya ilmu, budaya berakhlak mulia dan ibadah.

  • Menanam nilai-nilai murni yang universal berasaskan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

  • Membimbing dan Mendidik para pelajar dan masyarakat kampus ke arah memahami dan menghayati ajaran Islam.

  • Menggerakkan warga kampus dan umat seluruhnya ke arah kehidupan cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan juga akhirat.

  • Berkhidmat dan berbakti kepada seluruh warga kampus USM & masyarakat.

  • Melaksanakan ukhwah berkonsepkan “ukhwah tanpa sempadan”.