Kumpulan Nasyid Far-Hunt

Hiburan adalah keperluan fitrah manusia. Islam tidak menghalang umatnya berhibur tetapi ianya mestilah berlandaskan syariat yang telah ditetapkan. Nasyid merupakan salah satu cabang kesenian dalam Islam yang semakin mendapat tempat dihati masyarakat. Nasyid telah menjadi salah satu cabang dakwah kontemporari. Nasyid memberi hiburan alternatif yang baik yang membawa mesej-mesej yang penuh nasihat dan keinsafan. Oleh yang demikian cadangan untuk menubuhkan kumpulan nasyid Pusat Islam adalah satu cadangan yang baik sebagai menggiatkan lagi aktiviti dakwah dalam kampus ini.

OBJEKTIF PENUBUHAN

•    Mewujudkan hiburan alternatif yang selaras dengan syariat Islam.
•    Memperkenalkan hiburan-hiburan Islam kepada masyarakat kampus samada muslim mahupun bukan muslim.
•    Mendedahkan kepada masyarakat kampus tentang kesenian dalam islam
•    Memastikan cabang-cabang dakwah Islamiyyah subur di dalam kampus
•    Menyampaikan mesej dakwah dan nasihat kepada warga kampus
•    Mewujudkan bi’ah solehah di dalam kampus.

Far-Hunt bermaksud pemburuan yang jauh. Definisi ini selari dengan firman Allah swt, “Sesungguhnya jika perjalanan dakwah itu dekat dan senang pasti ramai yang akan mengikutmu, wahai Muhammad tetapi perjalanan yang kamu lalui ini amat jauh dan dipenuhi dengan ujian.”