KAFA Pusat Islam USM Kampus Kejuruteraan

KAFA Pusat Islam USM Kampus Kejuruteraan



FALSAFAH

KAFA Pusat Islam merupakan usaha berterusan Pusat Islam USM Kampus Kejuruteraan dalam mendidik dan membentuk pelajar-pelajar Islam ke arah memperkembangkan fitrah individu (Insan) selaras dengan kehendak al-Quran dan al-Sunnah. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan manusia yang terdidik dengan didikan al-Quran dan al-Sunnah yang kuat iman dan amalannya kepada Allah swt serta menghayati akhlak dan cara hidup Islam.

KONSEP

Merupakan suatu program Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran serta asas-asas Fardu Ain.

TUJUAN GARIS PANDUAN

(1)    Menjadi panduan dalam pengurusan dan pelaksanaan KAFA di semua peringkat seluruh Malaysia.

(2)    Menetapkan garis panduan-garis panduan dan arahan-arahan yang perlu bagi pelaksanaan KAFA yang kemas, seragam, teratur dan bersepadu

OBJEKTIF KAFA

Objektif penubuhan KAFA adalah seperti berikut:

•    Mewujudkan suatu sistem kelas pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain yang kemas, seragam dan bersepadu di seluruh Malaysia.

•    Memastikan semua kanak-kanak Islam yang berumur tujuh hingga dua belas tahun di negara ini dapat mempelajari dan boleh menguasai bacaan al-Quran dengan baik.

•    Memastikan semua kanak-kanak Islam di negara ini dapat mempelajari dan mengamalkan perkara-perkara asas Fardhu Ain.

•    Memperkukuh asas pendidikan agama Islam untuk kanak-kanak Islam dalam pendidikan Al-Quran dan Fardhu Ain.

JAWATANKUASA GURU