HELWA

PENGENALAN

Hal Ehwal Wanita Pusat Islam Kampus Kejuruteraan adalah sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh Ketua Unit Pusat Islam Kampus Kejuruteraan untuk tempoh setiap dua tahun bagi merancang dan melaksanakan program dan aktiviti berkaitan keilmuan, kemasyarakatan dan kekeluargaan serta kebajikan sosial.

Ahli Jawatankuasa ini terdiri dari wakil pelbagai Pusat Pengajian dan jabatan yang sudi member khidmat serta sumbangan idea dan juga tenaga dalam membantu menjayakan hasrat murni Pusat Islam Kampus Kejuruteraan khususnya dan Universiti Sains Malaysia amnya. Jawatankuasa ini juga turut bekerjasama dengan persatuan-persatuan serta organisasi dalam dan luar kampus dalam menabur bakti kepada masyarakat.
 
OBJEKTIF HELWA

•    Merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan keilmuan, kekeluargaan dan kemasyarakatan.

•    Mengukuhkan hubungan silaturrahim di kalangan pelajar dan staf USM serta masyarakat sekitar dan juga menyediakan hubungan dengan NGO melalui aktiviti yang dianjurkan.

•    Menyalurkan maklumat dan info agama yang benar kepada warga kampus dan masyarakat setempat dengan aktiviti yang dianjurkan.  


SEJARAH HELWA

HELWA Pusat Islam USMKKJ secara rasminya ditubuhkan pada Jumaat, 3 Ogos 2007 bersamaan 19 Rejab 1428H. Idea penubuhan ini adalah hasil perbincangan bersama Ketua Penolong Pengarah Pusat Islam USMKKJ, Tuan Haji Md. Yusof Abd. Rahim bersama semua kakitangan Pusat Islam KKj.  Hasil daripada perbincangan tersebut satu jawatankuasa pelaksana yang diketuai oleh Dr. Harsa Amylia Mat Sakim (Pengerusi HELWA) telah dibentuk bagi menyelaraskan unit HELWA di ketiga-tiga kampus di USM. Majlis pelancaran penubuhan unit ini telah disempurnakan oleh Y. Bhg. En. Nasirun Hj. Mohd Saleh (Profesor Madya) Pengarah Pusat Islam USM.


JAWATANKUASA HELWA

Ahli Jawatankuasa HELWA dilantik oleh Pengarah Kampus Kampus Kejuruteraan/Pengarah Pusat Islam berdasarkan cadangan oleh Ketua Unit Pusat Islam Pusat Islam USMKKJ untuk tempoh dua tahun.


STATUS HELWA

HELWA ialah sebuah unit sukarelawan muslimah yang bernaung di bawah Pusat Islam USMKKj. Sehubungan dengan itu, HELWA bertanggungjawab membantu Pusat Islam dalam merancang dan melaksanakan aktiviti dakwah Islamiah dan kebajikan yang relevan terhadap warga kampus, masyarakat Islam serta memberikan kefahaman berhubung nilai-nilai Islam terhadap non-muslim.

AKTIVITI

-    Ziarah amal
-    Lawatan ilmiah
-    Aktiviti Ramadan
-    Kelas Fiqh Wanita
-    Bengkel Penampilan
-    Kursus Pengurusan Jenazah
-    Tautan Kasih
-    Seminar Keibubapaan
-    Ziarah Rumah Raudatul Sakinah

BIRO HELWA

-    Biro Ziarah Amal
Menjalinkan hubungan serta melaksanakan program berbentuk kemasyarakatan  dan kebajikan bersama badan-badan NGO tertentu.

-    Biro Keilmuan
Merancang dan melaksanakan aktiviti berbentuk pengisian dan keilmuan seperti diskusi, kursus, seminar dan forum.

-    Biro Riadhah & Rekreasi
Melaksanakan aktiviti lawatan ilmiah dan sukan dikalangan warga kampus.

-    Biro Keusahawanan Wanita
Berperanan merancangan aktiviti bagi menjana pendapatan HELWA.

-    Biro Publisiti & Perhubungan Awam
Berperanan dalam mempromosi semua aktiviti HELWA serta mendokumentasikan setiap aktiviti yang dijalankan.


FUNGSI HELWA

•    Bekerjasama dengan persatuan  dan organisasi dalam dan luar kampus dalam menabur bakti kepada masyarakat.

•    Mewakili setiap jabatan dalam menyampaikan maklumat dan informasi.

•    Memberi sumbangan idea serta tenaga dalam membantu menjayakan hasrat murni Pusat Islam khususnya USM.  

AKTIVITI HELWA

Aktiviti HELWA terbahagi kepada dua bahagian iaitu aktiviti tetap dan aktiviti berkala.


AKTIVITI TETAP

Antara aktiviti tetap yang dijalankan oleh HELWA ialah :

•    Fiqh Muslimah yang membincangkan hukum hakam berkaitan dengan wanita.
 
•    Kuliah Jumaat untuk muslimah. Skop perbincangan meliputi bab Tauhid, Fiqh, Tafsir dan kesihatan wanita.

•    Bimbingan pelajar dan staf wanita (khidmat nasihat agama)

•    Program Hari Kebesaran Islam seperti Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Aktiviti Ramadhan dan lain-lain.

•    Majlis Ilmu, Seminar, Kursus, Bengkel dan lain-lain.

•    Kursus Pengurusan Jenazah Wanita.


AKTIVITI BERKALA

Aktiviti berkala dijalankan oleh HELWA antaranya ialah:

•    Ziarah Kebajikan / amal

•    Lawatan sambil belajar

•    Riadah

•    Rehlah

•    Kebajikan berbentuk sumbangan  Ramadhan kepada anak qaryah, hospital dan rumah anak yatim.

Lantikan AJK HELWA 2017-2018

LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA
HAL EHWAL WANITA (HELWA) 2017-2018
PUSAT ISLAM KAMPUS KEJURUTERAAN USM

Bil.

Jawatan

Nama

1.

Penasihat I

  • Ustaz Mohammad Shukri Osman (Ketua Unit)

2.

Penasihat II

  • Profesor Dr. Taksiah A. Majid

3.

Pengerusi

  • Dr. Khairiah Abd. Karim

4.

Timbalan Pengerusi

  • Prof. Madya Dr. Hasmaliza Mohamad

5.

Setiausaha 1

  • Pn. Farrah Wahida Che Ros

6.

Setiausaha 2

  • Pn. Aida Hartini Mohd Tajuddin

7.

Bendahari

  • Pn. Norsyella Ahmad Tamizi

Bil.

Biro

Nama

8.

Ziarah Amal

  • Datin Adrina Mohd Hashim (Ketua)
  • Pn. Haslina Zulkifli
  • Pn. Roslini Ismail
  • Pn. Norsyella Ahmad Tamizi
  • Pn. Farrah Wahida Che Ros

 

9.

Keilmuan

  •  Dr. Syazana Ahmad Zubir (Ketua)
  • Pn. Nurul Azfa Azizan
  • Pn. Samsiah Mohamed Ali
  • Cik Noor Hayati Ashaari

 

10.

Riadhah & Rekreasi

  • Pn. Zaleha Jamaludin (Ketua)
  • Pn. Sharifah Abu Bakar
  • Pn. Shahida Adila Arsad
  • Pn. .Sahlawati Azmi
  • Pn. Shahida Abd. Razak

 

11.

Keusahawanan Wanita

  • Prof. Madya Dr. Hasmaliza Mohamad (Ketua)
  • Pn. Norzita Nanyan
  • Pn. Azizah Shafiei
  • Pn. Shahida Abd. Razak
  • Pn. Nor Asniza Jamaludin

 

12.

Biro Publisiti &
Perhubungan Awam

  • Dr. Rosmiwati Mohd. Mokhtar
  • Pn. Aida Hartini Mohd Tajuddin